fbpx

Sebab salah makan ubat, wajah Nabil Mahir membengkak

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
NABIL MAHIR

PETALING JAYA – Mengalami bengkak pada muka dan sesak nafas akibat alergi ubat, Nabil Mahir terpaksa menerima rawatan kecemasan di sebuah pusat perubatan ibu negara akibat alahan ubat, semalam.

Perkara tersebut dikongsikan isteri pengacara dan pelakon tersebut, Ayda Jebat yang memaklumkan secara kebetulan mereka berada di hospital membawa anak, Ana Nayla yang menjalani pemeriksaan mata.

“Semalam, Nabil tersalah makan ubat. Rupanya, dia alah dengan ubat itu. Nak bawa Ana Nayla buat pemeriksaan mata yang tiba-tiba berair, akhirnya Dada (bapa) dia lagi teruk.

“Mata tak boleh buka dan sampai susah nak bernafas. Pergi kecemasan terus, nasib baik kami memang di hospital!” tulis pelantun lagu Pencuri Hati itu menerusi Instagram.

Ayda turut memuat naik gambar serta video yang menunjukkan wajah suaminya yang membengkak selain sedang menggunakan alat bantuan pernafasan.

Pada masa sama, pelakon dan penyanyi itu turut mengingatkan orang ramai supaya jangan ambil ringan terhadap sesuatu alahan yang boleh membahayakan nyawa.

Malah selebriti berusia 31 tahun itu meminta pengikut laman sosialnya mendoakan Nabil agar sembuh dengan segera.

“Penting untuk tahu ubat atau makanan apa yang kita alah! Jangan buat main! Ada yang cadangkan supaya buat ujian alahan. Nanti kami cuba.

“Doakan dia cepat baik. Terima kasih semua. Kalau kalian dah tahu, kalian alah kepada apa, elakkanlah walaupun kawan kalian atau sesiapa cakap, ‘ala, makan sikit saja, bukan mati pun’.

“Tolong faham alahan ini hakikatnya bahaya,” tulisnya lagi.

Ayda yang kini hamil anak kedua mendirikan rumah tangga dengan Nabil pada 1 Januari 2021 dikurniakan cahaya mata bernama Ana Nayla, 2.  – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI