fbpx

Rekod sendawa terkuat lebih bingit berbanding bunyi motosikal

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Winter muncul di konti iHeartRadio untuk melakukan percubaan tersebut. - Guinness World Records

RICHMOND, VIRGINIA – Seorang wanita di Virginia, Amerika Syarikat menempa nama dalam Guinness World Records bagi kategori bunyi sendawa paling kuat di dunia yang dikeluarkan seorang wanita, lapor akhbar New York Post kelmarin.

Kimberly Winter, 33, memecahkan rekod itu apabila mengeluarkan bunyi sendawa dengan kekuatan 107.3 desibel (dB).

Menurut Guinness World Records, bunyi sendawa Winter adalah lebih kuat berbanding sebuah pengisar (70-80 dB), gerudi tangan elektrik (90-95 dB) dan beberapa buah motosikal (100-110 dB).

“Saya minum kopi ais, sandwich dan segelas bir sebagai ‘bantuan’ (untuk bersendawa),” kata Winter.

Pemegang rekod terdahulu untuk kategori sama ialah Elisa Cagnoni dari Itali dengan bunyi sendawa mencapai 107 dB pada 2009. 

Rekod sama untuk kategori lelaki pula disandang oleh Neville Sharp dari Australia yang mengeluarkan bunyi sendawa 112.7 dB pada 2021.

Bagi mengatasi rekod itu, Winter perlu berada di bilik kedap udara iaitu ruang yang menyerupai studio rakaman untuk mengukur sendawanya tanpa sebarang bunyi luar. – AGENSI 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI