fbpx

Rampasan ular di India: Pemerikasaan JKDM terhad kepada ‘hand carry baggage’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Kastam India merampas 47 ekor ular sawa dan dua biawak dari seorang penumpang yang terbang dari Kuala Lumpur Sabtu lalu.

PUTRAJAYA- Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) menjelaskan pemeriksaan bagasi dilakukan pihaknya di bahagian pelepasan penumpang hanya terhad kepada ‘hand carry baggage’ sahaja.

Penjelasan itu dibuat sebagai memberi reaksi kepada rampasan sebanyak 47 ekor ular sawa dan dua biawak yang ditemui dalam bagasi berstatus ‘check-in baggage’ di Lapangan Terbang Antarabangsa Tiruchirapally, India menerusi penerbangan Batik Air dari Kuala Lumpur pada 29 Julai lalu.

JKDM dalam satu kenyataan berkata, bagasi berstatus ‘check-in baggage’ perlu didaftarkan dikaunter sebelum penumpang melalui kawasan pemeriksaan Jabatan Imigresen Malaysia dan JKDM di pintu pelepasan.

“Apabila penumpang melalui kawasan pemeriksaan JKDM, hanya bagasi diikrar sebagai
‘handcarry baggage’ sahaja yang akan diperiksa menggunakan mesin pengimbas.

“Dalam kes itu, penumpang tersebut telah mendaftarkan bagasi ‘check-in baggage’ sebelum melalui kawasan pemeriksaan kastam.

“Pemeriksaan kastam di bahagian pelepasan penumpang terhad kepada ‘hand carry baggage’ sahaja,” katanya di sini tadi.

Susulan itu, jelasnya, JKDM tidak dapat memberi maklumbalas bagi bagasi yang dibawa oleh penumpang yang berstatus ‘check-in baggage’.

“Bagaimanapun, JKDM sentiasa komited bekerjasama dengan agensi-agensi lain dalam mengawasi pintu masuk negara demi mempertahankan keselamatan dan kedaulatan Malaysia,” tegasnya. -KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI