KUALA SELANGOR – Semua sekolah yang dijadikan sebagai pusat mengundi enam Pilihan Raya Negeri (PRN) pada 12 Ogos depan dalam kesiapsiagaan sepenuhnya meliputi pelbagai aspek termasuk cuaca dan banjir.
Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek berkata, semua taklimat mengenai perkara itu sudah diberikan pihaknya kepada pihak berkaitan.
“Ia merupakan pengalaman biasa dalam pilihan raya seperti sebelum ini dan bukannya kali pertama. Kita setakat ini memang tidak mempunyai sebarang masalah mengenai perkara itu (pusat mengundi).
“Semua sekolah kini bersedia 100 peratus menjelang hari pengundian nanti,” katanya ketika ditemui pada program Ceramah Kelompok PH-BN Dewan Undangan Negeri (DUN) Ijok di Kampung Harmoni, Ijok di sini, malam tadi.-KOSMO!IONLINE