fbpx

PRN: BN-PH mahu betulkan kesilapan, laksana janji Pas di Kelantan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Md. Alwi bercakap pada sidang akhbar di Pejabat Perhubungan UMNO Negeri Kelantan di Kota Bharu hari ini. - Foto oleh MUSTAQIM MOHAMED / KOSMO!

KOTA BHARU – Barisan Nasional-Pakatan Harapan (BN-PH) berjanji akan membetulkan kesilapan dan melaksanakan janji-janji yang tidak ditunaikan oleh Pas semasa mentadbir Kelantan.

Setiausaha BN Kelantan, Datuk Seri Md. Alwi Che Ahmad, perkara itu dapat dilihat semasa pengumuman manifesto gabungan BN-PH untuk Pilihan Raya Negeri (PRN) negeri Kelantan esok.

Menurutnya, manifesto itu akan diumumkan oleh Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Kelantan yang juga Pengerusi Gabungan BN-PH Kelantan, Datuk Ahmad Jazlan Yaakub.

“Manifesto tersebut adalah untuk membetulkan kesilapan dan melaksana janji-janji yang tidak ditunaikan oleh kerajaan negeri pada hari ini.

“Kita yakin boleh melaksanakan kesemua pengisian manifesto ini kerana bersama dengan Kerajaan Pusat yang mempunyai segala keupayaan untuk melaksanakan janji-janji mereka,” katanya pada sidang akhbar di Pejabat Perhubungan UMNO Negeri Kelantan, di sini hari ini.

Mengulas lanjut, Md. Alwi memberitahu, beliau sendiri sudah melihat draf manifesto BN-PH pada PRN Kelantan, malah ada beberapa perkara menarik dan diyakini dapat memberi impak kepada pengundi.

Menurutnya, gabungan BN-PH akan menunaikan janji yang tercatat dalam manifesto tersebut.

“Perkara menarik di dalam manifesto BN-PH di Kelantan antaranya Kerajaan Perpaduan bersetuju menubuhkan sebuah kolej universiti tahfiz sains di negeri ini.

“Kerajaan berhasrat melahirkan golongan huffaz yang terlibat dalam bidang profesional. Kita mahu melahirkan doktor, juruukur atau arkitek yang hafal al-Quran.

“Secara dasarnya ia seperti madrasah ulul-albab di peringkat sekolah, tetapi yang ini di peringkat universiti. Kita akan laksanakan dan lain-lain pengisian yang mengejutkan. Kita tunggu esok,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI