KLANG- Kira-kira 3,000 jemaah teruja dapat menunaikan solat Jumaat bersama Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim di Masjid Al-Falah, Kampung Idaman, di sini, hari ini.
Sebelum hadir ke masjid itu, Anwar terlebih dahulu meluangkan masa selama 15 minit untuk makan tengah hari di Restoran Jr. Raden di Kampung Bukit Kapar.
Beliau tiba di masjid kira-kira pukul 1.20 petang dan disambut calon Pakatan Harapan-Barisan Nasional (PH-BN) yang bertanding di Dewan Undangan Negeri (DUN) Pelabuhan Klang, Azmizam Zaman Huri.
Selesai bersolat, Anwar bersalaman dengan jemaah yang hadir lebih 10 minit sebelum beredar dari masjid kira-kira pukul 2.15 petang.- KOSMO!ONLINE