fbpx

Piala Malaysia: JDT tekad pertahankan trofi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Barisan pemain JDT giat menjalani latihan menjelang aksi Piala Malaysia bertemu Kelantan FC malam ini. - Foto ihsan Facebook Johor Southern Tigers

JOHOR BAHRU – Selepas menjuarai Piala FA pada bulan lalu, Johor Darul Ta’zim (JDT) kini berazam untuk mempertahankan kejuaraan Piala Malaysia apabila berdepan Kelantan FC di Stadium Sultan Muhammad Ke-IV, Kota Bharu, malam ini.

Pengendali JDT, Esteban Solari berkata, trofi Piala Malaysia menjadi sasaran baharu skuad Harimau Selatan dalam misi menambah koleksi kejuaraan dan membolot semua piala ditawarkan dalam Saingan Liga Malaysia musim ini.

Bagi merealisasikan impian itu, Solari mengambil serius pertembungan menentang Kelantan dan akan menurunkan kesebelasan terbaik JDT.

“Kita akan berentap dalam satu pertandingan yang menawarkan peluang untuk menambah koleksi piala dalam kabinet JDT, ini merupakan sasaran baharu pasukan selepas memenangi Piala FA.

“Justeru, kita mahu berikan aksi yang terbaik dengan menurunkan kesebelasan yang mantap ketika berdepan Kelantan, kita tidak akan pandang rendah kemampuan mereka,” katanya.

Untuk rekod, JDT merupakan juara bertahan Piala Malaysia setelah menewaskan Selangor FC, 2-1, pada aksi final di Stadium Nasional Bukit Jalil, musim lalu.

Dalam pada itu, Solari memberitahu, dia berhasrat untuk membuat penggiliran pemain bagi mengharungi aksi berdepan Kelantan FC itu memandangkan berdepan jadual padat tidak lama lagi.

Tambahnya, semua pemain bersedia untuk diturunkan pada perlawanan itu dan bertekad untuk memberikan aksi terbaik seperti yang dituntut pasukan.

“Beberapa pemain kita seperti Forestieri (Fernando) dan Diogo (Santo) masih cedera dan kita tidak mahu terburu-buru menurunkan mereka. Lagipun, Kita ada ramai pemain yang berkualiti.

“Jadi, akan ada penggiliran pemain kerana rata-rata pemain dilihat berada di tahap terbaik dan bersedia bila-bila masa untuk diturunkan,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI