fbpx

Piala Malaysia: JDT benam Kelantan FC 5-1

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Heberty Fernandes (kiri) meraikan jaringannya pada aksi Piala Malaysia di Stadium Sultan Muhammad IV, Kota Bharu hari ini. - Foto oleh KAMARUL BISMI KAMARUZAMAN / KOSMO!

KOTA BHARU – Johor Darul Ta’zim (JDT) membuktikan status mereka sebagai pasukan paling handal di negara ini apabila mudah meratah Kelantan FC 5-1 pada aksi perlawanan pertama saingan Piala Malaysia di Stadium Sultan Muhammad IV di sini sebentar tadi.

Penyerang JDT, Bergson Da Silva memecah kebuntuan jaringan apabila meledak jaringan pertama pada minit ketujuh.

Lapan minit berselang, kerapuhan benteng pertahanan skuad The Red Warriors (TRW) terus hukum apabila pemain penyerang, Heberty Fernandes menambah jaringan kedua JDT.

Fernandes terus memperagakan ketajaman penyudah apabila menjaringkan gol ketiga Harimau Selatan pada minit ke-24 sekali gus menambah koleksi jaringan peribadi keduanya pada perlawanan tersebut.

Tersentak dengan tiga jaringan awal pelawat, Kelantan FC cuba bangkit namun serangan yang dilakukan barisan TRW mudah dipatahkan oleh benteng pertahan JDT menyaksikan keputusan 0-3 itu kekal hingga tamat babak pertama.

Bersambung babak kedua, JDT terus menambah derita tuan rumah dengan gol keempat pada minit ke-50 menerusi tandukan Shahrul Mohd. Saad hasil sepakan penjuru rakan sepasukan Juan Muniz.

Muhammad Nazmi Faiz Mansor melengkapkan malam gemilang Harimau Selatan menerusi gol kelima pada minit ke-67.

Bagaimanapun, Kelantan FC memperoleh jaringan saguhati pada minit ke-86 menerusi Khala’if Naskam dan keputusan itu kekal hingga tamat perlawanan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI