fbpx

Pekerja formal tempatan terima upah bulanan RM2,600

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Rafizi (kiri) dan Mohd. Uzir (kanan) menunjukkan buku laporan Penerbitan Statistik Upah Pekerja (Sektor Formal) Suku Tahun Pertama 2023 di Putrajaya, hari ini. GAMBAR : FAISOL MUSTAFA

PUTRAJAYA – Laporan Statistik Upah Pekerja (Sektor Formal) Suku Pertama 2023 mendedahkan median atau penengah upah bulanan bagi pekerja formal tempatan pada Mac tahun ini adalah sebanyak RM2,600 sebulan.

Ketua Perangkawan Malaysia, Datuk Seri Dr. Mohd. Uzir Mahidin berkata, upah itu melibatkan seramai 6.45 juta orang 55.5 peratus adalah pekerja lelaki dengan median upah RM2,664 sebulan.

Beliau berkata, pekerja wanita pula mewakili 44.5 peratus bersamaan 2.87 juta orang dengan median upah bulanan sebanyak RM2,545.

“Berbanding Mac tahun lalu, median upah bulanan bagi kedua-dua pekerja formal lelaki dan perempuan meningkat masing-masing sebanyak 8.0 peratus, dan 8.6 peratus,” katanya ketika membentangkan laporan itu, hari ini yang turut dilancarkan oleh Menteri Ekonomi, Rafizi Ramli.

Katanya, median upah tertinggi pada Mac 2023 diraih bagi pekerja formal berusia 45 hingga 49 tahun dan 40 hingga 44 tahun iaitu sebanyak RM3,500.

Mohd Uzir berkata, kedua-dua kumpulan itu secara kolektif membentuk sekitar 20 peratus daripada jumlah keseluruhan pekerja formal di negara ini.

Menurutnya, median upah bulanan bagi kumpulan umur 50 hingga 54 tahun pula menunjukkan penurunan kepada RM3,400 pada Mac 2023.

“Kumpulan umur bawah 20 tahun pula menerima median upah bulanan terendah sebanyak RM1,500 (Mac 2023), katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI