fbpx

Mesyuarat pilih calon Parlimen Pulai, DUN Simpang Jeram minggu depan – Amanah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Aminolhuda Hassan

JOHOR BAHRU – Parti Amanah Negara (Amanah) Johor akan mengadakan mesyuarat khas minggu hadapan untuk menamakan calon yang akan bertanding dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Pulai dan Dewan Undangan Negeri (DUN) Simpang Jeram, September ini.

Pengerusi Amanah Johor, Aminolhuda Hassan berkata, mesyuarat khas tersebut dijangka diadakan sebelum 10 Ogos ini.

Katanya, Amanah negeri telah bermesyuarat sebelum ini dan meminta Bahagian Pulai serta Bakri untuk mengemukakan senarai calon mereka.

“Kita telah meminta kedua-dua bahagian terlibat untuk mengemukakan senarai nama calon mereka, dan senarai nama itu akan diserahkan kepada kepimpinan Amanah pusat.

“Calon yang dipilih kelak mestilah dalam kalangan pemimpin masyarakat yang layak sama ada dari peringkat kawasan tersebut ataupun negeri. Malah, calon berkenaan juga mestilah berintegriti dan berjiwa rakyat.

“Perkara ini penting kerana calon tersebut akan mewarisi kerusi ditinggalkan Allahyarham Datuk Seri Salahuddin Ayub yang dikenali dengan inisiatif Payung Rahmah sebelum ini,” katanya kepada pemberita.-KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI