fbpx

Mandy sabar menanti peluang ‘keemasan’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
MANDY bertekad untuk berusaha lebih gigih merebut peluang beraksi dalam lebih banyak temasya sukan pada masa depan.

ATLET wusyu negara, Mandy Cebelle Chen memasang tekad untuk berusaha lebih gigih agar mendapat peluang mewakili Malaysia beraksi pada temasya sukan seperti Sukan SEA dan Sukan Asia pada masa depan.

Mandy, 20, tetap berfikiran positif kerana lebih awal lagi sudah mengetahui namanya tidak disenaraikan menghadapi Sukan Asia Hangzhou di China bermula 23 September hingga 8 Oktober depan.

Disebabkan itu, atlet dari Petaling Jaya, Selangor tersebut amat bersyukur dengan kejayaannya meraih pingat gangsa acara Taijiquan pada Sukan Universiti Dunia (Universiade) di Chengdu, China baru-baru ini.

“Saya langsung tidak kecewa kerana saya masih dalam pelapis. Mungkin ada sebab saya tidak terpilih ke Sukan Asia dan ia mendorong saya untuk terus berlatih untuk mencapai tahap diperlukan.

MANDY menggegarkan arena sukan negara apabila mencipta kejutan memenangi pingat gangsa Universiade Chengdu baru-baru ini.

“Pingat gangsa ini sememangnya kejutan tetapi saya bersedia untuk berusaha lebih gigih menghadapi persaingan yang lebih sukar dalam kejohanan-kejohanan selepas ini.

“Sebab itu saya sentiasa berusaha keras untuk kejohanan ini (Universiade) kerana saya mahu meninggalkan impak yang hebat,” kata Mandy yang meraih gangsa menerusi kutipan markah 9.633 mata.

Pada aksi di Universiade Chengdu, Mandy tewas kepada pemenang pingat emas dari China, Chen Xiaoli yang mengutip 9.783 mata dan atlet wusyu Jepun, Shoji Rise memenangi perak menerusi 9.680 mata.

Hasrat Mandy untuk meraih pingat kedua pada temasya sukan itu tidak kesampaian apabila meraih tempat kelima untuk acara Taijijian selepas mengumpul 9.64 mata.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI