fbpx

Kemungkaran berlaku depan mata pemimpin Pas – Khairuddin

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Mohd. Khairuddin

PETALING JAYA – Insiden Presiden Parti Gerakan, Datuk Dominic Lau dihalau daripada ceramah mega Perikatan Nasional di Tasek Gelugor, Pulau Pinang sepatutnya tidak berlaku.

Setiausaha Eksekutif Majlis Ulama UMNO, Datuk Dr. Mohd. Khairuddin Aman Razali berkata, dia kesal kerana tidak ada pemimpin Pas yang membantu pemimpin rakan gabungan politik parti itu ketika kejadian.

“Menariknya, kemungkaran akhlak ini berlaku di hadapan mata Presiden Pas (Tan Sri Abdul Hadi Awang) dan Naib Presiden (Datuk Idris Ahmad) sendiri namun ia tidak dicegah terus oleh kedua-dua pimpinan tertinggi Pas.

“Insiden itu pula melibatkan rakan gabungan politik PN dan melibatkan pimpinan paling tinggi parti iaitu Presiden parti rakan kerjasama politik mereka sendiri,” katanya menerusi kenyataan hari ini.

Jelas Khairuddin, Setiausaha Agung Pas, Datuk Seri Takiyuddin Hassan mengambil masa beberapa hari untuk mengeluarkan kenyataan memohon maaf kepada Dominic serta menegur pimpinan partinya di Pulau Pinang.

Dalam pada itu, Khairuddin berkata, selaku parti Islam, Pas sepatutnya memberi contoh akhlak dan adab yang baik.

“Islam akan dipandang tidak berakhlak dan tidak beradab dalam menerima tetamu apatah lagi tetamu tidak diundang itu adalah rakan kerjasama politik kerana kemungkaran akhlak dilakukan oleh parti yang membawa jenama parti Islam sedangkan Islam tidak diwakili oleh mana-mana parti pun.

“Inilah bahayanya apabila parti politik dijenamakan dengan Islam tetapi gagal mempamerkan akhlak Islam.

“Pamerkan politik dan akhlak Islam dalam berpolitik apatah lagi apabila membawa nama Islam agar Islam tidak difitnah, tidakkah itu kelemahan dalam mencegah kemungkaran?” soalnya. – KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI