fbpx

Hujan lebat, ribut petir landa 9 negeri petang ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

PETALING JAYA – Jabatan Meteorologi (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat serta angin kencang melibatkan sembilan negeri di Semenanjung sehingga pukul 6 petang, hari ini.

MetMalaysia dalam kenyataannya di Facebook berkata, cuaca buruk itu dijangka melanda seluruh negeri Perlis, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur serta beberapa daerah sekitar Kedah (Langkawi) dan Johor (Segamat, Batu Pahat, Kluang dan Mersing).

Sementara itu, di Pahang melibatkan Tanah Tinggi Cameron, Lipis, Raub, Bentong, Bera, Pekan dan Rompin.

“Turut terkesan dengan cuaca buruk pagi ini adalah tiga daerah di Negeri Sembilan iaitu Jelebu, Kuala Pilah dan Jempol.

“Di Perak pula, hujan lebat serta ribut petir lebih tertumpu di bahagian Hulu Perak dan Kuala Kangsar, manakala di Kelantan melibatkan daerah Jeli dan Gua Musang.

“Cuaca buruk yang sama dilaporkan melanda Selangor di daerah Kuala Selangor, Hulu Selangor, Gombak, Petaling dan Hulu Langat,” jelas MetMalaysia. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI