fbpx

Hojlund bakal diperkenalkan di Old Trafford esok

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
HOJLUND bakal melengkapkan perpindahan menyertai United daripada Atalanta dengan harga £72 juta (RM416.92 juta) menerusi kontrak selama lima tahun. - AFP

MANCHESTER – Manchester United merancang untuk mengumumkan Rasmus Hojlund sebagai penyerang baharu sebelum aksi persahabatan menentang RC Lens di Stadium Old Trafford malam esok.

Ia bagi membolehkan para penyokong tegar United dapat melihat aksi Hojlund, 20, yang dibeli daripada kelab Serie A di Itali, Atalanta dengan harga £72 juta (RM416.92 juta) menerusi kontrak selama lima tahun.

Kehadiran bintang muda Denmark itu bakal menjadi pembelian ketiga The Red Devils selepas Mason Mount (Chelsea) dan Andre Onana (Inter Milan) dalam pasaran perpindahan ketika ini.

Difahamkan, Hojlund telahpun lulus ujian perubatan dan kini dipercayai sudah menurunkan tandatangannya dengan kontrak sehingga 2028 beserta pilihan untuk melanjutkan perjanjian selama semusim lagi selepas itu.

Pengurus United, Erik Ten Hag menganggap kehadiran Hojlund akan menambah sengat di bahagian serangannya sekali gus meringankan beban dipikul Marcus Rashford dan Anthony Martial.

Legenda United, Rio Ferdinand percaya Hojlund tidak mempunyai masalah untuk cepat menyesuaikan diri dengan saingan kompetitif tinggi di Liga Perdana Inggeris (EPL).

“Situasinya seperti Darwin Nunez di Liverpool tetapi saya melihat dia sebagai seorang penyerang muda yang sudah bersedia dengan kancah EPL,” katanya. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI