fbpx

Henti kecam Qistina Raisah, saya gurau sahaja – Bell Ngasri

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
BELL NGASRI berharap orang ramai berhenti mengecam Qistina disebabkan laporan tidak sahih sebuah portal hiburan, baru-baru ini.

PETALING JAYA – Pelakon Bell Ngasri berharap netizen berhenti melemparkan kecaman terhadap bintang remaja Qistina Raisah berhubung kenyataan yang disalah anggap segelintir pihak.

Katanya, komen ditinggalkan menerusi Instagram hanya gurauan kerana dia tahu apa dimaksudkan Qistina bukan ditujukan kepadanya, apatah lagi mereka sudah kenal lama sejak aktres berusia 15 tahun itu kecil lagi.

“Saya tak sangka komen saya diambil serius sedangkan kalau baca sekali lalu pun orang boleh tahu nada saya cuma berseloroh.

“Tengok-tengok ada yang kaitankan kononnya saya ‘sekolahkan’ pula Qistina susulan artikel terbabit.

“Saya dah kenal dia lama, malah kami banyak berlakon sama-sama. Jadi minta tolong hentikan salah faham dan jangan lagi hentam dia,” katanya kepada Kosmo! Online.

Menurut Bintang Paling Popular di Anugerah Bintang Popular ke 35 (ABP35) itu, ibu merangkap pengurus pelakon tersebut, Roszana Aminuddin ada menghubunginya, baru-baru ini.

“Antara kami memang tiada isu, ketika ibu Qistina hubungi saya, saya turut nyatakan memahami situasi yang berlaku.

“Pelik juga dulu tak siapa pun peduli kalau saya tinggalkan respons dalam Instagram pihak lain, maknanya memang sekarang saya kena hati-hati,” katanya lagi.

Semalam, pelakon filem Rahsia itu meluahkan perasaan terkilan terhadap sebuah portal hiburan yang didakwa memfitnahnya menerusi artikel seolah-olah dia dengkikan pelakon lain yang mendapat anugerah. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI