fbpx

Firhan puji aksi hebat rakan sepasukan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
FIRHAN dinobatkan sebagai pemain terbaik perlawanan dalam kemenangan 3-1 ke atas Pakistan pada aksi pertama ACT 2023 di Chennai semalam. - AHF

PETALING JAYA – Penyerang skuad hoki negara, Muhammad Firhan Ashari enggan terlalu selesa dengan kejayaan semasanya ketika menewaskan Pakistan 3-1 pada aksi pertama Trofi Juara-Juara Asia (ACT) 2023 semalam.

Firhan berada dalam kelas tersendiri apabila meledak dua gol padang dalam tempoh seminit buat Speedy Tigers bermula minit ke-28 dan 29 pada aksi di Stadium Mayor Radhakrishnan di Chennai, India itu.

Bagaimanapun, pemain berusia 30 tahun itu lebih berminat memuji rakan sepasukannya terutama penyerang prolifik, Faizal Saari yang mencipta tiga umpanan jarigannya dalam perlawanan itu.

“Saya bangga dengan diri sendiri tetapi saya perlu memberikan kredit kepada semua rakan sepasukan yang bermain sangat baik. Ia membolehkan saya meledak dua gol hari ini (semalam).

“Kami akan terus meningkatkan prestasi ke tahap yang lebih bagus untuk aksi seterusnya. Kami akan membuat analisis dari segi kelemahan dan kekuatan berdasarkan perlawanan ini,” kata Firhan.

Satu lagi gol skuad negara semalam dijaringkan oleh Shello Silverius pada minit ke-44, manakala jaringan tunggal Pakistan diperoleh menerusi Abdul Rehman lima minit sebelum tamat perlawanan.

Skuad bimbingan A. Arul Selvaraj itu dijangka tiada masalah untuk merekodkan kemenangan kedua apabila turun menentang China malam ini.

Berdasarkan statistik, Speedy Tigers tidak pernah tewas dalam 10 pertemuan terakhir menentang China sejak kalah 1-2 pada saingan ACT 2012.

Bagaimanapun, skuad negara yang menghuni ranking ke-10 dunia seri 4-4 dengan lawan di kedudukan ke-25 dunia itu ketika kali terakhir kedua-dua pasukan bertemu pada Siri Akhir FIH 2019 di Kuala Lumpur. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI