fbpx

Caprice tawar kereta kepada pengikut, ‘hadiah’ selesai kes saman

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Caprice tawar kereta percuma kepada pengikut bertuah.

PETALING JAYA – Penyanyi rap sensasi, Caprice mencari pengikut bertuah di Instagramnya untuk dihadiahkan sebuah kenderaan utiliti sukan sempena kes saman fitnah antaranya dengan ahli perniagaan, Datuk SM Faisal SM Nasimuddin Kamal selesai secara baik hari ini.

Caprice atau nama sebenarnya, Ariz Ramli, 36, berkata, hadiah tersebut adalah Kia Sportage miliknya yang akan diberikan secara percuma kepada seorang pengikutnya.

“Siapa-siapa nak kereta lama cap (Caprice), komen dekat bawah ‘saya nak kete! (kereta), masuk Telegram cap link (pautan) dekat ‘bio’ dan bagi tahu nak kita buat cabutan bertuah atau pertandingan? Insya-Allah,” tulisnya pada ruangan kapsyen video yang dimuat naik di Instagram sebentar tadi.

Menurut Caprice, dia tidak lagi mahu melihat kenderaan tersebut dan tekad untuk memberikan kepada pengikutnya.

Bagaimanapun, menurut Caprice kenderaan tersebut kini sedang diguna oleh adiknya, namun dia telah memaklumkan untuk mengambilnya kembali menerusi satu panggilan telefon yang dibuat.

“Assalamualaikum adik. Dengar sini, saya perlu kereta saya semula. Saya dah boleh nak terus jaga.

“Tak apa saya belikan awak (adik) kereta baharu. Kereta Perodua Myvi pun okey,” katanya ketika menghubungi adiknya.

Sementara itu, menerusi hantaran lain di Instagram Caprice, dia sempat meninggalkan pesanan ringkas kepada bekas isteri SM Faisal, Emilia Hanafi supaya munculkan diri sekiranya telah meminta bantuan orang.

“Salam Emelia, lain kali nak minta tolong orang, jangan tiba-tiba tak boleh hadir,” tulisnya.

Hantaran itu turut disertakan dengan gambar Emilia dalam keadaan lebam dan cedera.

Terdahulu Kosmo! melaporkan Caprice dan SM Faisal sudah berdamai dan penyanyi rap sensasi itu membuat permohonan maaf kepada ahli perniagaan tersebut sekali gus menyelesaikan kes saman antara kedua-dua mereka. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI