fbpx

Cadangan baharu projek HSR dikemukakan selepas peroleh keputusan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Anwar bersama Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Chang Lih Kang (tiga kanan) melawat ke ruang pameran selepas merasmikan Sidang Kemuncak Tahun Pengkomersialan Malaysia 2023 di Pusat Persidangan dan Acara Connexion. - Foto oleh FARIZ RUSADIO / KOSMO!

KUALA LUMPUR – Cadangan baharu berhubung projek Kereta Api Berkelajuan Tinggi (HSR) Kuala Lumpur – Singapura akan dikemukakan sebaik sahaja keputusan awal di peringkat kerajaan diperoleh.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, cadangan baharu itu nanti akan dibawa oleh Menteri Pengangkutan, Anthony Loke Siew Fook untuk pertimbangan Singapura.

“Di peringkat kita, sebaik ada keputusan awal baru akan diangkat oleh Menteri Pengangkutan, Anthony Loke,” katanya ketika ditemui pemberita selepas merasmikan Sidang Kemuncak Tahun Pengkomersialan Malaysia di sini hari ini.

Sebelum ini, dilaporkan kerajaan Singapura belum menerima sebarang cadangan baharu daripada Malaysia berhubung projek HSR selepas negara itu menyatakan persediaan untuk berbincang mengenai pelaksanaan semula projek tersebut.

Malaysia baru-baru ini memulakan proses untuk menghidupkan semula projek HSR yang dibatalkan pada 2021, dengan sesi taklimat Permintaan Maklumat (RFI) oleh MyHSR Corporation Sdn. Bhd. (MyHSR Corp) pada 27 Julai lalu dihadiri 700 pihak berkepentingan dan sejumlah wakil asing.- KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI