fbpx

Cabaran triatlon bertaraf Olimpik, Ironman

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
KEJOHANAN Kenanga Man of Steel Triatlon 163 akan berlangsung di Kompleks Sukan Air Putrajaya bermula esok dan Ahad ini. - GAMBAR HIASAN

KUALA LUMPUR – Kenanga Man of Steel Triathlon 163 berlangsung esok dan Ahad ini mampu memenuhi impian para peserta yang ingin merasai pengalaman cabaran sukan lasak itu seperti di pentas Sukan Olimpik ataupun Ironman.

Kejohanan julung kali dianjurkan di Malaysia itu bertaraf antarabangsa yang menawarkan keseimbangan jurang jarak antara Sukan Olimpik dan Ironman bagi tiga disiplin iaitu berenang, berbasikal dan berlari.

Jarak berenang untuk kejohanan itu adalah tiga kilometer (km), cuma kurang sedikit daripada Ironman iaitu 3.8km tetapi melebihi Sukan Olimpik yang berjarak 1.5km.

Acara berbasikal pula menawarkan cabaran kayuhan sejauh 130km selain jarak 30km untuk disiplin larian pada kejohanan yang akan berlangsung di Kompleks Sukan Air Putrajaya.

Pembaharuan ditawarkan itu bagi memberikan kepuasan maksimum kepada peserta tempatan serta antarabangsa yang selama ini menyimpan impian untuk mencabar diri masing-masing seperti atlet profesional.

Ketua Urus Niaga dan Perniagaan Institusi, Chan Tuck Kiong percaya saingan kali ini mampu mengulangi kejayaan seperti kali pertama siri triatlon diadakan di Malaysia membabitkan tiga venue tahun lalu.

“Tahun ini kami berbesar hati menjadi penaja utama untuk Kenanga Man of Steel 163. Acara ini memerlukan ketabahan, keazaman dan dedikasi luar biasa kerana perlu mengharungi cabaran fizikal serta mental yang sukar.

“Kami berbangga menjadi sebahagian daripada perjalanan luar biasa ini dan berharap dapat memberi inspirasi kepada lebih ramai individu. Acara ini memberikan platform unik kepada semua peserta,” katanya.

Selain menyeru kepada gaya hidup sihat, Kenanga Man of Steel Triathlon juga dapat mempromosikan Malaysia menerusi sektor pelancongan melalui penganjuran acara sukan bertaraf dunia. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN