fbpx

Anwar terbuka terima kritikan, tolak makian dan fitnah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Anwar ketika berucap pada Karnival Segalanya Felda di Padang Awam Felda Teloi Timur, Jeneri di Sik hari ini. - Foto oleh SHAHIR NOORDIN / KOSMO!

SIK – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim terbuka menerima sebarang cadangan mahupun kritikan daripada semua pihak termasuk pembangkang, namun menolak serangan secara makian.

Kata Anwar, semua pemimpin tidak sepatutnya mengeluarkan perkataan tidak elok, apatah lagi membuat makian dan fitnah.

“Politik ini jadi Menteri, Perdana Menteri, Menteri Besar, Ketua Menteri bukan perlawanan, pidato. Bukan pergi mana-mana berlawan bercakap, apa lagi mengata orang, marah orang. Ini penyakit apa ini.

“Kita sepatutnya cerita apa nak buat, sebab itu saya datang sini, saya bukan nak jawab tetapi nak cerita apa kita (kerajaan) buat,” katanya ketika berucap pada Karnival Segalanya Felda di Padang Awam Felda Teloi Timur, Jeneri di sini hari ini.

Katanya, beliau sedia menerima kritikan kerana sebagai Perdana Menteri, tidak semua perkara dilakukan adalah betul.

“Jangan mencarut, maki hamun dan jangan fitnah orang. Yang pilih orang macam tu pasal apa?

“Kritiklah PM, PM tak betul semua. Bagi cadangan dan kritiklah tetapi tak payah maki hari-hari, teruk sangat,” ujarnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI