fbpx

Andalusia, KUIS kendali program Bahasa Arab intensif di Madinah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Ida Riswana (kiri) dan Ahmad Fuad (kanan) menandatangani Memorandum Persefahaman Bersama Kuiscell Bagi Musim Umrah 1445H (2023/2024) dan Musim Umrah 1446H (2024/2025) di Dewan Senat Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor (KUIS), Bandar Seri Putra Kajang, di sini, hari ini. FOTO - FAIZ ALIF ZUBIR

KAJANG – Syarikat pengendali umrah dan haji, Andalusia Travel & Tours Sdn. Bhd. (Andalusia) menjalin kerjasama dengan Kolej Universiti Islam Selangor (KUISCELL) untuk mengendalikan program Kibar Madinah selama dua tahun iaitu bagi musim 1445H dan 1446H.

Menurut Pengarah dan Penasihat Undang-Undang Andalusia, Ida Riswana Idris, seramai 90 orang pelajar bertuah berpeluang untuk belajar Bahasa Arab di Universiti Islam Madinah selama 25 hari manakala baki lima hari pula akan digunakan untuk menyempurnakan ibadah umrah di bawah bimbingan mutawwif kelahiran Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor (KUIS).

“Program Kibar Madinah merupakan satu kursus intensif Bahasa Arab, khas untuk mereka yang ingin belajar bahasa ini di negara asalnya iaitu di Mekah dan Madinah.

“Program ini terbuka kepada sesiapa sahaja yang berminat untuk mengambil kursus Bahasa Arab secara intensif tanpa mengira umur atau kelayakan,” katanya ketika ditemui di Majlis Menandatangani Memorandum Persefahaman Bersama Kuiscell Bagi Musim Umrah 1445H (2023/2024) Dan Musim Umrah 1446H (2024/2025).

Dalam pada itu, Ida Riswana menegaskan bahawa program ini terbuka kepada semua orang dan menggalakkan penglibatan lebih ramai orang muda dalam Program Kibar Madinah kali ini.

“Program Kibar Madinah ini bukan sahaja untuk mereka yang berusia, tetapi juga untuk orang muda yang ingin merebut peluang belajar Bahasa Arab di luar negara.

“Buat masa ini, pakej yang disediakan bermula daripada RM20,000, lengkap dengan bayaran yuran universiti, tiket penerbangan, penginapan dan makan minum sepanjang 30 hari di Universiti Islam Madinah.

“Pada masa akan datang, kolaborasi bersama KUISCELL juga mungkin akan diadakan di negara lain yang juga menggunakan Bahasa Arab sebagai bahasa rasmi mereka,”ujarnya.

Tambah Ida Riswana, kolaborasi tersebut juga sangat istimewa dan dekat di hati beliau kerana dapat bekerjasama dengan pihak KUIS yang banyak melahirkan mutawwif berkualiti.

“KUIS adalah sebuah universiti yang sangat istimewa pada Andalusia. Melalui univerisiti inilah lahirnya sebilangan besar para mutawwif yang berkhidmat dengan Andalusia.

“Malah, lebih 100 orang bekas pelajar kini berkhidmat sebagai mutawwif Andalusia dan menjadi idaman banyak lagi agensi lain,” katanya.- KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI