fbpx

119 tempat berteduh motosikal baharu dibina sepanjang lebuh raya

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Alexander ketika melakukan tinjauan di Lebuh Raya Lembah Klang Baru (NKVE) di sini, hari ini.

PETALING JAYA – Sebanyak 119 tempat berteduh motosikal baharu dibina sepanjang lebuh raya bertol di seluruh negara menjelang 2024 di bawah Inisiatif Bitara Malaysia Madani.

Menteri Kerja Raya (KKR), Datuk Seri Alexander Nanta Linggi berkata, kemudahan itu adalah penambahan terhadap 353 tempat berteduh motosikal sedia ada yang dikhaskan buat pengguna lebuh raya.

“KKR dan Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) bersama 33 syarikat konsesi komited di dalam meningkatkan kualiti, kecekapan dan keberkesanan penyampaian perkhidmatan awam dalam memastikan kesejahteraan serta keselamatan rakyat diberi keutamaan.

“Salah satu inisiatif yang telah dikenalpasti adalah membuat penambahbaikan dan penambahan tempat berteduh penunggang motosikal di lebuh raya bertol di Malaysia.

“Pihak terlibat telah memberi fokus di dalam memastikan infrastruktur yang dibina sepanjang lebuh raya memberikan keselesaan dan keselamatan kepada semua kategori pengguna lebuh raya,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang akhbar pelancaran penambahbaikan dan penambahan tempat berteduh penunggang motosikal di lebuh raya bertol di Malaysia di lokasi tambahan di Persimpangan Kota Damansara, Lebuh Raya Lembah Klang Baru (NKVE) di sini, hari ini.

Menurut Alexander, sebanyak 40 tempat berteduh motosikal baharu bakal disiapkan akhir tahun ini, manakala selebihnya dijangka dapat dimanfaatkan oleh penunggang motosikal pada suku kedua tahun 2024.

“Kemudahan ini penting kerana kita mahu jaga nyawa penunggang motosikal sebab kita lihat kerap berlaku kemalangan di tempat lorong kecemasan semas hujan terutamanya sewktu penunggang motosikal sedang berteduh.

“Saya harap kerjasama ini dapat diteruskan bukan sekadar menyediakan kemudahan dalam memberikan kemudahan yang baik kepada pengguna lebuh raya demi keselesaan dan keselamatan mereka walaupun penunggang motosikal tak bayar tol tetapi kita mengambil perhatian kepentingan nyawa mereka,” jelasnya.

Dalam pada itu, Alexander turut memberitahu bahawa kesemua kos pembinaan adalah dana yang disediakan sendiri oleh syarikat konsesi tanpa menggunakan peruntukkan daripada pihak kerajaan.

“Keluasan untuk tempat berteduh juga mengikut kawasan dan tidak ada ukuran tertentu. Tetapi kami tak bina kerusi atau tandas sebab takut kemudahan ini disalah guna oleh pengguna atau orang awam, namun sekiranya inisiatif ini kita lihat pengguna guna dengan disiplin, mungkin kemudahan lain akan dipertimbangkan pada masa akan datang. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI