fbpx

Youseff timbulkan kontroversi pada Liga Super

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
YOUSSEF menimbulkan kontroversi apabila menandatangani kontrak bersama Kelantan FC, namun berakhir bersama Negeri Sembilan selepas jendela perpindahan ditutup kelmarin. – BHAYANGKARA

PENYERANG import baharu dari Sepanyol, Youssef Ezzejjari me­nimbulkan kontroversi tersendiri apabila menandatangani kontrak bersama dua kelab Liga Super pada jendela perpindahan yang berakhir secara rasmi kelmarin.

Sebagai rekod, pemain berusia 30 tahun itu bersetuju untuk menyertai Kelantan FC dengan kelab sudah memperkenalkan khidmatnya pada baki saingan Liga Malaysia (Liga M) musim ini menerusi media sosial.

Namun, Youssef turut diper­ke­nalkan oleh satu lagi kelab Liga Super, Negeri Sembilan FC (NSFC) sebelum jendela perpindahan ditutup sekali gus menguatkan skuad Hobin Jang Hobin.

Seorang individu yang dipercayai ejen pemain terbabit yang dikenali sebagai sheko1989 menerusi laman instagramnya telah meminta maaf kepada pihak pengurusan Kelantan FC atas tindakan Youssef.

“Saya ingin membuat permohonan maaf kepada pihak pengurusan Kelantan dan penyokong atas apa yang berlaku berkenaan penyerang di bawah seliaan saya.

“Dia (Youssef) telah menandatangani kontrak dengan Kelantan dua hari lalu (Ahad) dan hari ini (Selasa) dia bersama Negeri Sembilan. Perkara yang dilakukan itu tidak boleh diterima,” katanya menerusi satu kenyataan.

Difahamkan, apa yang Youssef lakukan di luar pengetahuannya dan akan melakukan perbincangan terbabit bersama bekas penyerang kelab Indonesia, Bhayangkara itu dalam masa terdekat.

Harapan The Red Warriors untuk mendapatkan dua lagi pemain import berpengaruh, Jordan Mintah dan Andik Vermansyah juga tidak kesampaian kerana gagal mencapai kata sepakat.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI