fbpx

Yasmin Aziz menyanyi depan presiden Filipina

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
YASMIN AZIZ

MASIH ingat pada penyanyi Yasmin Aziz? Selebriti yang sebelum ini kerap muncul dengan kisah cinta dan imej seksi itu bukan calang-calang penghibur.

Terbaharu, penyanyi berusia 21 tahun itu memenuhi undangan mengadakan persembahan di hadapan Presiden Filipina, Ferdinand Marcos Jr.

Persembahan berlangsung di Kuala Lumpur ketika figura berpengaruh itu berkunjung ke Malaysia, baru-baru ini.

Mizz Lahar yakin Yazmin sangat berbangga kerana dia juga mempunyai darah Filipina mengalir dalam dirinya.Tentu saja peluang keemasan dapat menghiburkan pemimpin negara itu tidak dilepaskan.

Difahamkan, pada majlis berkenaan dia diminta menyampaikan lagu berjudul Bituing Walang Ningning atas permintaan isteri Marcos sendiri iaitu Louise Araneta.

Tahniah Yazmin, terus lebarkan langkah kamu dan buat yang terbaik!

Mizz Lahar: Masih menunggu filem lakonan seorang selebriti yang mengaku diundang produksi luar negara.

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI