SEREMBAN – Seorang pelajar doktor falsafah sebuah institusi pengajian tinggi (IPT) didenda oleh Mahkamah Majistret, di sini hari ini kerana memegang belakang bahu wanita di dalam lif, bulan lalu.
Tertuduh, Yasin Abdi Alasow, 48, yang merupakan warga Somalia membuat mengaku bersalah bagi pertuduhan itu yang dibacakan di hadapan Majistret Nurul Saqinah Rosli.
Majistret turut menetapkan penjara selama sebulan sekiranya tertuduh gagal menjelaskan denda.
Tertuduh didakwa menggunakan kekerasan jenayah dengan cara memegang belakang bahu kiri mangsa berusia 29 tahun dengan niat mendatangkan kemarahan.
Perbuatan itu dilakukan di dalam lif apartmen di Nilai pada 7.05 malam, 31 Julai lalu. Pendakwaan dibuat mengikut Seksyen 352 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara sehingga tiga bulan atau denda sehingga RM1,000 atau kedua-duanya.
Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Nik Nur ‘Aqilah Syarfa Nik Zaidi, manakala tertuduh tidak diwakili peguam. – KOSMO! ONLINE