fbpx

Gadis elak bangkai anjing, maut dilanggar Myvi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
NUR ELIYA maut di lokasi selepas cuba mengelak bangkai seekor anjing di Jalan Tun Fatimah, Melaka, hari ini.

MELAKA – Seorang operator kilang maut selepas terjatuh dari motosikal sebelum dilanggar sebuah kereta gara-gara cuba mengelak bangkai anjing di Jalan Tun Fatimah, di sini pagi ini.

Dalam kejadian pukul 7.50 pagi itu, mangsa, Nur Eliya Ezzatul Rabu, 24, disahkan meninggal dunia di lokasi akibat parah di kepala.

Ketua Polis Daerah Melaka Tengah, Asisten Komisioner Christopher Patit berkata, ketika kemalangan, mangsa yang menunggang motosikal Yamaha Ego Avantiz dalam perjalanan dari arah Bukit Rambai menuju ke tempat kerja di Batu Berendam.

“Setibanya di lokasi, motosikal mangsa hilang kawalan ketika cuba mengelak bangkai anjing di tengah jalan.

“Mangsa yang terjatuh kemudian dilanggar sebuah Perodua Myvi dari arah bertentangan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Akibat kemalangan itu, mangsa disahkan meninggal dunia di tempat kejadian oleh pegawai perubatan.

“Siasatan mendapati ketika nahas berlaku permukaan jalan adalah basah kerana hujan.

“Pihak polis sedang berusaha mendapatkan rakaman kamera papan pemuka (dashcam) daripada Perodua Myvi untuk membantu siasatan,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI