fbpx

Speedy Tigers mampu jinakkan Pakistan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
BARISAN pemain negara akan turun membuka kempen ACT menentang Pakistan di Stadium Hoki Mayor Radhakrishnan malam ini. - FARIZ RUSADIO

SKUAD hoki negara dijangka tiada masalah membuka kempen Trofi Juara-Juara Asia (ACT) dengan langkah kanan apabila berdepan Pakistan di Stadium Hoki Mayor Radhakrishnan, Chennai India malam ini.

Ketua jurulatih Speedy Tigers, A. Arul Selvaraj menjelaskan, anak-anak buahnya berada dalam motivasi terbaik untuk memulakan saingan pada tahap tertinggi dengan misi melangkah ke separuh akhir kejohanan itu.

“Kami juga telah mendapatkan khidmat Glenn Turner dan Kieran Govers dalam memantapkan lagi corak serangan selain turut memberikan tumpuan kepada struktur pasukan ketika melakukan serangan balas.

“Saya berharap pemain akan menunjukkan kesungguhan dan usaha yang lebih daripada 100 peratus serta paling penting mereka percaya kepada diri sendiri.

“Pasukan telah melakukan persiapan maksimum menuju ke kejohanan ini, jadi pemain perlu percaya dengan kemampuan diri sendiri kerana ia akan meningkatkan lagi kepercayaan mereka boleh beraksi dengan terbaik,” katanya.

Aksi kali ini juga bakal menjadi penampilan pertama perancang tengah, Mohd. Fitri Saari selepas dua tahun tidak menyarung jersi Speedy Tigers di peringkat antarabangsa.

“Dua tahun dia tidak berada dalam skuad, namun kita tahu dia menunjukkan prestasi cukup bagus dalam latihan, bukan sahaja di padang, malah ketika menjalani latihan di gimnasium juga,” jelas Arul.

Kali terakhir menentang Pakistan berakhir dengan keputusan seri 1-1 pada aksi Piala Sultan Azlan Shah 2022 yang menyaksikan Malaysia menjuarai kejohanan itu buat kali sejak 1983.

Bagaimanapun, berdasarkan prestasi semasa tahun ini, Speedy Tigers dilihat mempunyai kemampuan untuk mengutip tiga mata penuh ke atas Pakistan yang pernah menjadi seteru tradisi skuad negara.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI