fbpx

Scammer hantar e-mel guna logo PDRM, tawar kompaun saman

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Contoh e-mel yang dihantar oleh scammer untuk memperdayakan mangsa.

PETALING JAYA – Taktik scammer semakin licik apabila menghantar e-mel menggunakan logo rasmi Polis Diraja Malaysia (PDRM) bagi memperdaya orang ramai kononnya terdapat tunggakan saman.

Jabatan Siasatan Dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Bukit Aman berkata, pihaknya mengesan helah sindiket penipuan itu yang menawarkan kompaun saman sebagai taktik.

Menurutnya, halaman tersebut memaparkan notifikasi bahawa pengguna memiliki saman di bawah kesalahan lalu lintas yang tertunggak dan perlu dijelaskan segera.

“Jika tidak bayar dengan segera, pengguna kononnya akan diambil tindakan undang-undang.

“Pengguna seterusnya diminta membayar sejumlah wang secara dalam talian atau kandungan melalui pautan yang disediakan,” katanya.

Tambahnya, orang ramai dinasihatkan agar sentiasa berwaspada dengan taktik dan helah penipuan ini.

“Pihak PDRM menegaskan tiada sebarang transaksi pembayaran melalui emel seperti yang diuar-uarkan,” ujarnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI