fbpx

Ramai suami tidak daftar isteri Skim Keselamatan Sosial Suri Rumah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
ABD. RAZAK (dua dari kiri) menyampaikan Kotak Prihatin Perkeso kepada T. Kogilavani (empat dari kanan) di rumahnya di Rim, Melaka. - Foto oleh MUHAMMAD SHAHIZAM TAZALI/ KOSMO!

JASIN – Tanggapan Skim Keselamatan Sosial Suri Rumah (SKSSR) hanya untuk isteri yang tidak bekerja menyebabkan masih ramai suami yang tidak membuat pendaftaran untuk mencarum skim berkenaan.

Pengarah Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) Melaka, Abd. Razak Omar berkata, setakat Jun 2023 seramai 6,292 suri rumah telah mendaftar SKSSR tetapi jumlah itu masih rendah berbanding sasaran 15,000 orang.

Jelas beliau, SKSSR boleh dicarum oleh semua suri rumah tanpa mengira mereka sepenuh masa atau separuh masa.

“Itu yang saya hendak ingatkan bukan setakat peranan orang berinsurans (OB) tetapi juga peranan suami sangat penting, namun tidak ramai suami yang hendak berbuat demikian.

“Kita mengalu-alukan suri rumah membuat pendaftaran tetapi tugas mencarum di bawah skim ini tidak hanya tertakluk kepada suri rumah sebaliknya kepada suami yang bertanggungjawab ke atas isteri tersebut,” katanya pada sidang akhbar selepas menyampaikan sumbangan Skuad Prihatin Perkeso di sini, hari ini.

Turut hadir Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Sumber Manusia dan Perpaduan negeri, Ngwe Hee Sem yang menyampaikan elaun keuzuran, bantuan rawatan dialisis bulanan dan kotak prihatin Perkeso kepada OB, T. Kogilavani, 51, di bawah SKSSR.

Dalam pada itu, Hee Sem berkata, setakat ini Perkeso telah membuat bayaran untuk empat kes kematian membabitkan suri rumah yang mencarum di bawah SKSSR. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI