fbpx

PRN: Menang 6 negeri penting, ubah kerajaan pusat – Abdul Hadi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Abdul Hadi ketika berucap pada Jelajah Mega PN Best di Dataran Darul Aman, Jitra, malam tadi. Foto SHAHIR NOORDIN

JITRA – Presiden Pas, Tan Sri Abdul Hadi Awang menyifatkan kemenangan di enam negeri pada Pilihan Raya Negeri (PRN) ini sangat penting dalam usaha untuk membuat perubahan di peringkat kerajaan pusat.

Kata beliau, negeri-negeri yang ditadbir Perikatan Nasional (PN) iaitu Kedah, Kelantan dan Terengganu, wajib dipertahankan pada PRN ini.

“Alhamdulillah kita telah kuasai Kelantan, Terengganu, Kedah dan Perlis. Tinggal Negeri Sembilan, Selangor dan Pulau Pinang (untuk dikuasai).

“Kewajipan kita adalah mempertahankan negeri yang kita berjaya (kuasai) ini dan ambil alih tiga negeri lagi. Ia merupakan satu kewajipan yang sangat besar,” katanya ketika berucap pada Jelajah Mega PN Best di Dataran Darul Aman, di sini malam tadi.

Abdul Hadi yang juga Timbalan Pengerusi PN justeru meminta semua pengundi menunaikan kewajipan masing-masing dengan keluar mengundi pada 12 Ogos ini dan menyokong PN. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI