fbpx

Piala Malaysia: Permulaan baik buat Perak FC

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Perak FC berjaya menewaskan Kedah FC dengan jaringan 3-1 di Stadium Perak hari ini.

IPOH – Perak FC membuat permulaan yang baik dalam kempen Piala Malaysia 2023 apabila menumpaskan Kedah FC 3-1 di Stadium Perak, sebentar tadi.

Kejayaan itu nyata mengejutkan kerana anak buah Nafuzi Zain diramal mudah melepasi cabaran Perak yang tumpas dua kali kepada Sang Kenari dalam saingan Liga Super musim ini.

Malah pelawat terpaksa bermain dengan 10 pemain pada minit ke-60 apabila Rodney Celvin Akwensivie dilayang kad merah. Bagaimanapun anak buah Yusri Che Lah nyata mempunyai idea sendiri untuk mengecewakan pelawat.

Namun belum sempat panas, Kedah bertindak apabila kaptennya, Manuel Geluti Ott menanduk masuk sepakan sudut Mohammad Fayadh Mohd. Zulkifli Amin selepas seminit perlawanan berlangsung.

Gol itu nyata menyentak semangat tuan rumah yang bangkit untuk mengenakan tekanan.

Skrip babak kedua berterusan dengan Perak terus menekan ke kubu lawan. Usaha mereka berjaya apabila tuan rumah mendapat sepakan penalti pada minit ke-47 yang disempurnakan oleh Luciano Guaycochea.

Lapan minit kemudian, Luka Milunovic menambah keperitan kenari apabila menyudahkann hantaran lintang Firdaus Saiyadi pada minit ke-55.

Hakimi M.d Isa menamatkan cabaran kedah apabila menyudahkan bola lorongan Luciano di minit-minit akhir perlawanan untuk menjadikan kedudukan 3-1 sebagai bekalan bagi pertemuan kedua di Alor Setar, 18 Ogos nanti. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI