fbpx

Piala Malaysia: KL City ‘sebelah kaki’ ke suku akhir

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
KL City membenam Penang FC 4-0 pada aksi pertama pusingan 16 pasukan terbaik Piala Malaysia di Stadium Bandaraya, malam tadi.

GEORGETOWN – Kuala Lumpur City FC (KL City) dilihat hampir pasti tidak menghadapi masalah untuk melangkah ke saingan suku akhir Piala Malaysia pada tahun ini selepas mudah membenam cabaran Penang FC, 4-0 pada aksi pertama pusingan 16 pasukan terbaik di Stadium Bandaraya, malam tadi.

Turun dengan status juara pada edisi 2021 yang lalu, KL City tidak mengambil masa yang lama untuk menguji benteng tuan rumah apabila rembatan kapten mereka, Pablo Josue gagal didakap kemas oleh penjaga gol, Khatul Anuar Md. Jalil pada minit ke-3.

Seminit berselang, gol yang ditunggu-tunggu pelawat akhirnya menjelma apabila penyerang import mereka, Tchetche Kipre menyambut baik lorongan bola daripada pemain tengah, Sebastian Osbol hasil satu serangan balas sebelum tenang melepaskan rembatan ke arah gol yang langsung gagal dibaca Khatul Anuar.

Tuan rumah terus diasak sehingga gawang mereka dibolosi lagi sebanyak dua kali dalam tempoh lima minit sekaligus menjadikan kedudukan 3-0 yang memihak kepada pasukan pelawat.

Gol kedua KL City juga dijaringkan oleh Kipre hasil satu tandukan tajam pada minit ke-26 manakala pemain tengah, Zhafri Yahya turut mencatatkan nama sebagai penjaring menerusi satu rembatan voli yang menarik, lima minit kemudian.

Pemain gantian KL City, Romal Morales lebih mencuri perhatian apabila berjaya mengelecek dua pemain tuan rumah sebelum menjaringkan gol keempat pada minit ke-84.

Aksi timbal balik kedua untuk kejohanan itu dijangka diadakan di Kuala Lumpur pada 18 Ogos ini. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI