fbpx

Peluang Azeem cipta sub-10s di Kejohanan Dunia

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
AZEEM mendapat tiket wilcard beraksi pada Kejohanan Dunia yang akan berlangsung di Budapest pada 19 Ogos ini.

IMPIAN jaguh pecut sensasi negara, Muhammad Azeem Mohd. Fahmi untuk beraksi di pentas Kejohanan Olahraga Dunia di Budapest, Hungary dari 19 hingga 27 Ogos ini akhirnya menjadi kenyataan.

Ia selepas Kesatuan Olahraga Malaysia (KOM) mengumumkan pemegang rekod 100 meter (m) kebangsaan dengan catatan masa 10.09 saat (s) itu mendapat tiket wildcard yang diberikan oleh Olahraga Dunia (WA).

Naib Presiden KOM, Syamsul Bani Abdullah menjelaskan, WA meluluskan nama Azeem disebabkan badan induk olahraga dunia itu memperuntukkan satu tiket wildcard sahaja buat Malaysia.

Ia sekali gus menyaksikan permohonan Malaysia untuk menghantar ratu pecut 400m negara, Shereen Samson Vallabouy mengiringi Azeem beraksi di Budapest tidak kesampaian.

“Azeem akan menjadi wakil tunggul negara ke Kejohanan Dunia apabila rayuan kita menghantar dua orang atlet ditolak WA. Mereka hanya membenarkan seorang atlet terbaik berdasarkan ranking dunia iaitu Azeem.

“Jadi saya harap Azeem dapat buat yang terbaik dengan melakukan catatan masa bawah 10s (sub-10s) atau memperbaiki rekod peribadinya. Ini adalah harapan kami di KOM terutama presiden (Datuk Seri Dr.) Shahidan Kassim.

“Ini juga satu pendedahan terbaiuk buat Azeem dalam persediaannya sebelum ke Sukan Asia Hangzhou (di China) nanti (23 September hingga 8 Oktober 2023),” katanya ketika dihubungi Kosmo! semalam.

Azeem yang kini sudah kembali ke Universiti Auburn di Amerika Syarikat (AS) akan diiringi jurulatihnya, Ken Harnden dan Muhammad Amir Izwan Tan Abdullah atas kuota sebagai jurulatih tempatan.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI