fbpx

Makan lauk kenduri sikit, rahsia tubuh ramping Che Ta

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
ROZITA CHE WAN

SENTIASA kelihatan jelita dan ramping pada usia 50 tahun membuatkan penampilan Rozita Che Wan atau Che Ta sentiasa dicemburui ramai.

Namun, ibu kepada tiga cahaya mata itu tidak lokek berkongsi rahsia penjagaan dalaman apatah lagi luarannya.

Terbaharu, Che Ta menayang momen manis berpimpinan tangan dengan suami tercinta, Zain Saidin ke sebuah majlis kenduri.

Kelihatan Zain sangat bangga mengiringi isteri jelita yang masih persis model sedang menggayakan busana bertemakan couture.

Akui Che Ta dalam perkongsian video TikTok itu, kalau hadiri kenduri dia sekadar ‘raso-raso’, bukan makan sekawah.

“Pergi kenduri tak boleh makan sampai sekawah, nanti ‘alignment’ lari.

“Penat jaga badan, nak maintain 26 23 38 (saiz ukur lilit tubuh) sampai usia 50 tahun bukan senang cik oi,” katanya dalam video tersebut.

Alahai Che Ta, terasa Mizz Lahar tau sebab masa kenduri, semua lauk pauk nampak sedap

MIZZ LAHAR: Siapa artis itu yang terus drastik ‘berkemban’ lepas tudungnya terbang?

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI