fbpx

Liverpool semakin hampir ikat Romeo Lavia

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
LAVIA (kiri) dilaporkan sudah bersetuju dengan terma peribadi yang ditawarkan oleh Liverpool. - AFP

LONDON – Liverpool dilaporkan semakin hampir untuk mendapatkan tandatangani pemain tengah Southampton, Romeo Lavia apabila nilai tawaran yang dikemukakan mendekati jumlah yang diinginkan oleh pasukan berkenaan.

Southampton yang beraksi di Liga Kejuaraan musim depan dilaporkan hanya akan bersedia melepaskan pemain berkenaan pada harga
£40 juta (RM231.61 juta) serta beberapa tambahan nilai lagi berdasarkan beberapa terma yang bakal dipersetujui.

Laporan sebelum ini menyebut bahawa Lavia sangat teruja untuk menyertai The Reds dan sudah menyatakan persetujuan mengenai terma peribadi yang ditawarkan oleh kelab itu dan hanya menunggu persetujuan dari Southampton sahaja.

Liverpool sebelum ini dikatakan sudah mengemukakan bidaan bernilai £37 juta (RM214.24 juta) untuk mendapatkan Lavia, namun ditolak oleh The Saints yang mahukan nilai lebih besar untuk pemain berkenaan.

Setakat ini, The Reds berjaya menandatangani khidmat Alexis Mac Allister dan Dominik Szoboszlai untuk beraksi di bahagian tengah menggantikan Fabinho dan Jordan Henderson yang berhijrah ke Liga Arab Saudi.

Dalam pada itu, Liverpool masih belum memadamkan minat mereka untuk mendapatkan khidmat pemain tengah Fluminense, Andre bagi menguatkan lagi jentera tengah pasukan berkenaan. – KOSMO! ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI