fbpx

Linda Onn sebak bersatu semula dengan tukang cuci di konti

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar perkongsian Linda Onn yang sebak selepas bertemu tukang cuci, Ayie di konti radio.

PETALING JAYA – Bekas penyampai radio terkenal Linda Onn berkongsi rasa sebak selepas disatukan semula dengan tukang cuci yang akrab dengannya sewaktu bertugas di konti radio, sebelum ini.

Menerusi satu hantaran yang dimuat naik dalam TikTok, Linda atau nama sebenarnya Rozlindah Onn, 45, berkata, antara perkara yang dirindui selepas meninggalkan stesen radio itu ialah figura yang bernama Ayie.

“Kalau Linda mula on-air pukul 10 pagi, masa tu juga Ayie masuk untuk sapu, lap meja, lap gelas sampai terbersin Linda jadinya.

“Setiap hari juga saya akan berbual dengannya di sini. Teman yang tidak pernah jemu dengan Linda,” tambahnya.

Jelasnya lagi, Ayie sempat menitipkan pesan untuk terus berniaga walaupun sekadar meraih untung yang sikit.

Linda merupakan pemilik restoran My Mom’s Chicken Rice yang beroperasi di Lotus Ampang dan Rawang.

Tinjaun Kosmo! di ruangan komen mendapati rata-rata orang ramai memuji persahabatan akrab mereka walaupun berlainan bangsa.

“Dekat sini jelas, bangsa dan agama tidak menghalang kita untuk berkasih dan berkawan,” tulis Zulfami.

“Pelukan itu nampak ikhlas bukannya berlakon. Penuh kasih sayang,” komen Ted.

“Persahabatan sejati tidak kira bangsa dan agama. Terbaik,” kata Sausse.

Setakat ini perkongsian tersebut meraih 225,700 tontonan, 8446 tanda suka dan 130 perkongsian. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI