fbpx

Ladang ayam diarah tutup sebab lalat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Seebuah ladang ternakan ayam diarah tutup susulan aduan kacau ganggu lalat kepada penduduk di Jeram, di sini semalam.

KUALA SELANGOR – Sebuah ladang ternakan ayam diarah tutup serta-merta susulan aduan kacau ganggu lalat kepada penduduk di Jeram, di sini semalam.

Penutupan itu dilakukan selepas hasil pemeriksaan dilakukan Jabatan Kesihatan dan Persekitaran Majlis Perbandaran Kuala Selangor (MPKS) bersama Pejabat Veterinar Daerah Kuala Selangor dengan kerjasama Ibu Pejabat Polis Daerah Kuala Selangor, selama dua jam bermula pukul 10 pagi.

Pengarah Jabatan Kesihatan dan Persekitaran MPKS, Jerriee Ab. Manaf berkata, berdasarkan pemeriksaan mendapati terdapat lapan reban yang beroperasi di ladang ini dengan dianggarkan mempunyai sebanyak 224,000 ekor ayam.

Katanya, berdasarkan siasatan lalat di lokasi tersebut pada tahap sederhana iaitu berada di skala 4 daripada 10 dan usia ayam hampir mencapai tempoh matang untuk dipasarkan.

“Selain itu, pemilik reban turut didapati tidak menguruskan pelupusan bangkai dengan baik, ketidakcekapan rekod kawalan serangga perosak secara konsisten dan pengurusan najis ayam yang tidak bersesuaian.

“Ladang tersebut telah diarahkan tutup serta merta dan pemilik ladang turut diarahkan untuk menjalankan kawalan semburan tiga kali sehari menggunakan resigen atau iconic,” katanya ketika dihubungi, hari ini.

Difahamkan ladang ternakan ayam itu telah beroperasi sejak 10 tahun lalu dengan keluasan dianggarkan lebih dua hektar.

Jelas Jerriee, pemilik ladang juga dikehendaki menjalankan pembersihan sewajarnya termasuk pelupusan bangkai ayam yang sistematik, pembersihan pelepasan dan pengendalian najis ayam dengan sistematik dan efisien.

“Kadar Pematuhan oleh pemilik ladang akan dipantau daripada semasa ke semasa agar tidak mendatangkan mudarat kepada persekitaran,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI