fbpx

Kurang pembeli, 3 projek perumahan SPNB dibatal

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Akmal Nasrullah ketika sidang akhbar tersebut.

SHAH ALAM – Tiga buah projek perumahan Syarikat Perumahan Negara Berhad (SPNB) yang dikategorikan sebagai sakit, dibatalkan serta-merta.

Timbalan Menteri Pembangunan Kerajaan Tempatan (KPKT), Akmal Nasrullah Mohd. Nasir berkata, ia melibatkan Projek Perumahan Makmur Karak Setia, Residensi Lanar Seremban dan Fasa 1 dan 2 Taman Nusa Idaman, Kuala Ping yang antaranya disebabkan kurang pembeli.

“Tiga projek ini pembelinya tidak sampai 50 orang pun, iaitu kurang 10 peratus daripada 766 unit rumah keseluruhannya yang dirancang pembinaannya.

“Semasa keputusan ini (pembatalan projek) dibuat, kesemua projek ini baru dalam peringkat kerja tanah,” katanya pada sidang akhbar bagi pemakluman pencapaian Task Force Projek Perumahan Swasta Sakit dan Terbengkalai (TSFT), di ibu pejabat SPNB di sini, hari ini.

Kata beliau, SPNB ketika ini sedang melakukan perbincangan dengan kesemua pembeli tiga projek berkenaan bagi mendapatkan jalan penyelesaian berhubung isu ini.

Justeru itu, Akmal Nasrullah menjelaskan SPNB kini fokus untuk menyelesaikan tujuh lagi buah projek sakit susulan pembatalan tiga projek perumahan berkenaan.

“KPKT memberikan masa sehingga suku pertama tahun 2024 bagi SPNB menyiapkan kesemua projek ini. Selepas itu, KPKT tidak mahu ada lagi projek sakit di bawah SPNB,” tegasnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI