fbpx

KKM teliti isu perjawatan petugas kesihatan di Sabah, Sarawak

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Dr. Zaliha pada sidang akhbar selepas sesi perjumpaan bersama Majlis Gabungan Presiden dan Setiausaha Agung Kesatuan Sekerja Kementerian Kesihatan Malaysia (MAPSU KKM) di Putrajaya, hari ini. Foto FAISOL MUSTAFA

PUTRAJAYA – Kementerian Kesihatan (KKM) akan meneliti isu kesetaraan perjawatan petugas kesihatan di Sabah dan Sarawak demi menghormati Perjanjian Malaysia 1963 (MA63).

Menterinya, Dr. Zaliha Mustafa berkata, beliau mendapati masih ada petugas kesihatan di dua wilayah itu melakukan tugas sama dengan petugas di Semenanjung, tetapi pada perjawatan yang rendah.

“Isu ini antara perkara yang akan diuruskan KKM bagi menghormati semangat MA63,” katanya selepas sesi perjumpaan dengan Majlis Gabungan Presiden dan Setiausaha Agung Kesatuan Sekerja (MAPSU) KKM di sini hari ini.

Menurut beliau, isu ketidaksetaraan itu adalah antara perkara yang dibangkitkan pada sesi pertemuan bersama MAPSU, manakala isu lain yang dibincangkan termasuk memberi fokus kepada perjawatan membabitkan skim-skim selain doktor.

Menurutnya, ada antara skim-skim perkhidmatan ini menerima latihan yang banyak, namun tiada kekosongan perjawatan untuk kenaikan gred dan jawatan.

“Isu ini perlukan lebih banyak masa untuk disemak kerana ia akan dibincangkan pada sesi libat urus dengan Jabatan Perkhidmatan Awam sebelum meletakkan mereka ditempat selayaknya.

“Isu tempoh masa bekerja turut dibangkitkan MAPSU. Tempoh waktu bekerja ketika ini dilihat tidak memenuhi keperluan semasa,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI