fbpx

Justin Trudeau umum berpisah dengan isteri

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Trudeau dan isterinya menghadiri majlis makan malam sempena Sidang Kemuncak Amerika di Getty Villa, California pada 9 Jun 2022. - AFP

OTTAWA – Perdana Menteri Kanada, Justin Trudeau mengumumkan ‘perpisahan’ dengan isteri, Sophie Gregoire-Trudeau setelah 18 tahun berkahwin.

Dalam satu hantaran di Instagram, Trudeau berkata: “Selepas beberapa perbualan yang bermakna dan sukar, kami memutuskan untuk berpisah.”

Kenyataan dari Pejabat Perdana Menteri menambah, pasangan itu bersama-sama telah menandatangani ‘perjanjian perpisahan yang sah’.

Jelas kenyataan sama, orang ramai akan melihat pasangan tersebut bersama tiga anak mereka kekal sebagai satu keluarga yang rapat selain dua ibu bapa itu akan terus hadir dalam kehidupan anak-anak mereka.

Bagaimanapun, mereka meminta privasi menjelang percutian keluarga yang dijadualkan pada minggu depan.

Trudeau dan isterinya, yang merupakan seorang wartawan adalah rakan semasa zaman kanak-kanak. Mereka berhubung semula dalam satu majlis tarian amal pada 2003.

Tidak lama kemudian, mereka dilaporkan menjalin hubungan cinta dan berkahwin di Montreal pada 2005. 

Pasangan itu dikuniakan tiga cahaya mata iaitu Xavier, 15; Elle Grace, 14 dan Hadrien yang berusia sembilan tahun. – AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI