fbpx

Hujan lebat di Johor, Perak pagi ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

PETALING JAYA – Jabatan Meteorologi (MetMalaysia) meramalkan ribut petir, hujan lebat dan angin kencang di beberapa daerah di Johor dan Perak, pagi ini.

Menurut ramalan cuaca di laman sesawang MetMalaysia, negeri-negeri lain mengalami cuaca baik sehingga pukul 11 pagi.

“Ribut petir, hujan lebat dan angin kencang dijangka berlaku di negeri Johor melibatkan Batu Pahat, Kluang, Pontian, Kulai, Kota Tinggi and Johor Bahru.

“Sementara di Perak, cuaca buruk sama hanya di Kerian.

“Amaran dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda menunjukkan ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 milimeter sejam yang hampir atau dijangka berlaku melebihi sejam,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI