fbpx

Hoe Yean terlepas podium Universiade

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
HOE YEAN terpaksa akur menamatkan aksi final 200m gaya bebas pada kedudukan keempat di Pusat Akuatik Dong'an Lakes Sports Park sebentar tadi. - SUKAN IPT

PETALING JAYA – Perenang negara, Khiew Hoe Yean berputih mata untuk menaiki podium acara 200 meter (m) gaya bebas Sukan Universiti Dunia (Universiade) Chengdu, China apabila meraih tempat keempat sebentar tadi.

Hoe Yean, 20, menamatkan aksi final yang berlangsung di Pusat Akuatik Dong’an Lakes Sports Park menerusi catatan masa satu minit 48.28 saat (s).

Atlet yang mewakili Universiti UCSI itu terpaksa akur terlepas pingat gangsa apabila dibezakan 0.27s sahaja dengan pemenang dari Itali, Giovanni Caserta yang mencatat masa 1:48.01s.

Pingat emas dimenangi perenang Poland, Kamil Alexander Sieradzki yang merakam masa 1:47.60s, manakala tempat kedua menjadi milik Thomas Navikonis dari Lithuani menerusi catatan 1:47.73s.

Sementara itu, seorang lagi atlet negara yang beraksi di pentas final hari ini iaitu Andre Anura Anuar bagi acara lompat kijang bagi sukan olahraga juga gagal mencipta kejutan menaiki podium.

Andre terpaksa berpuas hati menamatkan final di Stadium Shuanghui sebentar tadi pada kedudukan kelapan menerusi lompatan terbaiknya dengan jarak 15.83m.

Pingat emas dimenangi Su Wen dari China dengan jarak 17.01m dan tempat kedua menjadi milik Er Necati (Turkiye, 16.83m) diikuti gangsa diraih Huang Huafeng (China, 16.76m). – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI