fbpx

EPL: Ten Hag yakin Manchester United sudah bersedia

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
UNITED tewas tiga kali pada aksi pramusim kali ini, namun prestasi itu tidak menimbulkan keresahan buat Ten Hag. - AFP

MANCHESTER – Walaupun tewas dalam tiga aksi persahabatan sebelum ini, Pengurus Manchester United, Erik Ten Hag percaya mereka akan kembali bangkit menjelang saingan musim baharu Liga Perdana Inggeris (EPL).

Beliau melaungkan keyakinan skuad The Red Devils memiliki kemampuan untuk menewaskan sesiapa sahaja, termasuk memberi cabaran kepada Manchester City dalam perebutan takhta liga bagi kempen 2023/24.

Ten Hag berkata, keputusan pada aksi pramusim tidak boleh dijadikan sebagai kayu ukur memandangkan setiap pasukan sedang mencari rentak terbaik bagi menyesuaikan diri dengan taktikal baharu.

“Saya fikir sebelum ini kami pernah bangkit beberapa kali daripada aksi mengecewakan dan kali ini tidak terkecuali. Kami sudah buktikan United mampu untuk menewaskan sesiapa sahaja, termasuk pasukan besar.

“Kadang-kadang kami berdepan aksi tidak menentu, jadi kami perlu tampilkan aksi lebih konsisten. Kami perlu belajar daripada kekalahan yang dialami sebelum ini kerana pemain-pemain United memiliki karakter,” katanya.

Pada masa sama, beliau turut menjelaskan tidak ada sebarang masalah dengan pemain pertahanan, Harry Maguire meskipun beliau melucutkan jawatan kapten daripada pemain antarabangsa England itu.

“Saya tidak ada masalah dengan Harry (Maguire) dan ia adalah untuk kepentingan pasukan. Dia masih sebahagian daripada pasukan ini, jadi dia perlu bersaing bagi mendapatkan tempat dalam kesebelasan utama,” ujar Ten Hag. – AGENSI

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI