fbpx

Dua rakan dijel, sebat mengaku salah rompak hotel

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
MUHAMMAD ARIF (kiri) dan Kajenthiran Supramaniam, (kanan) ketika dibawa keluar dari Mahkamah Sesyen Kluang hari ini selepas mengaku bersalah atas pertuduhan merompak sebuah hotel di Simpang Renggam.

KLUANG – Dua sahabat mengaku bersalah di Mahkamah Sesyen, di sini hari ini atas pertuduhan merompak hotel di Simpang Renggam pada bulan lalu.

Tertuduh, Muhammad Arif Mohammed Kasim, 26, dan S. Kajenthiran, 37, membuat itu di hadapan Hakim Mujib Saroji.

Mereka berdua didakwa merompak seorang warga emas dengan menggunakan parang dan sepana sebelum melarikan telefon bimbit jenama Oppo dan wang RM200.

Kesalahan dilakukan di kaunter sebuah hotel di Simpang Renggam di sini pada pukul 7.40 pagi, 25 Julai lalu.

Muhammad Arif turut mengaku salah atas satu lagi pertuduhan merompak hotel di Kluang bersama seorang lagi yang masih bebas pada pukul 12.55 malam, 5 Julai lalu.

Mahkamah menetapkan Muhammad Arif  dipenjara lima tahun dan dua sebatan bagi kesalahan pertama dan penjara lima tahun serta satu sebatan bagi kesaalahan kedua. Kedua-dua hukuman dijalankan serentak. Kajenthiran pula dihukum penjara lapan tahun serta tiga sebatan.

Terdahulu, Timbalan Pendakwa Raya, Nur Ramizah Razli memohon dua tertuduh tersebut dikenakan hukuman setimpal kerana merompak menggunakan senjata.

Muhammad Arif yang bekerja sebagai pemandu lori merayu hukuman diringankan dengan alasan dia mempunyai dua anak berusia 6 bulan dan 4 tahun selain isteri sedang hamil.

Manakala Kajenthiran yang tidak bekerja pula merayu hukuman diringankan dengan alasan isterinya mengandung selain perlu menjaga ibu mentua yang uzur.- KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI