fbpx

Budak perempuan ‘dicampak’ bapa saudara masih trauma – Polis

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Lokasi kejadian kanak-kanak dua tahun ditemui terjatuh dari tingkat satu, bumbung sebuah blok di Flat Nusantara, Sungai Pinang di sini, petang kelmarin. Foto IQBAL HAMDAN/KOSMO!

GEORGE TOWN – Kanak-kanak perempuan berusia dua tahun yang dipercayai dicampak bapa saudaranya dari tingkat satu sebuah blok di Flat Nusantara, Sungai Pinang di sini semalam kini dilaporkan trauma.

Dalam kejadian pada pukul 3 petang itu, adik kanak-kanak tersebut yang berusia sebulan turut dihempas ke lantai rumah.

Ketua Polis Daerah Timur Laut, Asisten Komisioner Soffian Santong berkata, pihaknya menerima laporan berhubung kejadian itu pada pukul 9 malam tadi.

Menurutnya, siasatan sedang dijalankan bagi mengenal pasti punca sebenar kejadian. Setakat belum mengambil keterangan daripada suspek.

“Mangsa (kanak-kanak perempuan) sedang trauma. Ketiga-tiga mereka kini sedang menerima rawatan di hospital. Kita akan menjalankan siasatan di bawah Seksyen 307 Kanun Keseksaan,” katanya,.

Mengulas mengenai tahap kesihatan suspek, beliau berkata, pihaknya sedang menjalankan siasatan termasuk menunggu laporan penuh berhubung kejadian tersebut.

Sementara itu, hasil temu bual dengan penduduk, mereka mendakwa terdengar bunyi bising dari atas kediaman berkenaan disusuli dentuman kuat atas bumbung.

“Saya segera keluar dan terkejut melihat seorang kanak-kanak berada atas bumbung lalu jatuh ke bawah.

“Mulutnya berdarah, berkemungkinan rahangnya patah. Keluarganya terus membawanya ke hospital.

“Adik kanak-kanak itu yang berusia tiga minggu pula dikatakan dihempas ke lantai dan tidak sempat dicampakkan ke bawah sebab dihalang orang yang berada di situ,” katanya.

Dakwa penduduk lagi, sebelum kejadian, suspek mencederakan pergelangan tangannya.

Lelaki itu dikatakan mengalami masalah kesihatan sejak beberapa minggu lalu. Suspek disifatkan sebagai seorang individu yang baik dalam kalangan jiran dan rakan-rakannya – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI