fbpx

Umar pecah rekod kebangsaan kali ketiga

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
UMAR melakukan catatan masa 46.09s untuk melayakkan diri ke final Universiade Chengdu pada peringkat separuh akhir di Stadium Shuangliu sebentar tadi.

PETALING JAYA – Bintang olahraga negara, Umar Osman ternyata berada di kelas tersendiri apabila memecahkan rekod 400 meter (m) kebangsaan buat kali kedua dalam tempoh kurang 24 jam.

Umar yang akan genap usia 20 tahun pada 11 Ogos ini mencatat masa 46.09 saat (s) pada saringan separuh akhir 3 Sukan Universiti Dunia (Universiade) di Chengdu, China sebentar tadi.

Catatan masa di Stadium Shuangliu tersebut membolehkan pemenang pingat emas Sukan SEA Kemboja 2023 itu memecahkan rekod yang baru diciptanya semalam iaitu 46.33s ketika peringkat saringan.

Ia secara tidak langsung melayakkan Umar ke pentas final dalam misi menaiki podium pada perlumbaan akhir yang dijadualkan berlangsung esok.

Secara keseluruhan, ini adalah rekod kebangsaan ketiga dilakukan Umar tahun ini selepas kali pertama melakukannya dengan masa 46.34s, memadam catatan lama 46.41 milik Mohd. Zaiful Zainal Abidin pada Sukan SEA Kemboja, Mei lalu. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI