fbpx

Sanusi pelawa pihak ada kepakaran, wang melombong REE di Kedah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Muhammad Sanusi hadir Ceramah Perdana Gelombang PN di DUN Pedu di Pekan Naka, dekat Kuala Nerang, Kedah malam tadi.

KUALA NERANG – Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md. Nor mempelawa mana-mana pihak yang mempunyai kemahiran, kepakaran dan wang untuk melombong unsur nadir bumi (REE) agar membuat permohonan bagi tujuan itu.

Kata beliau, permohonan terbuka kepada semua selagi ia dilakukan mengikut undang-undang ditetapkan.

“Siapa pun atas dunia ini, dari benua mana pun yang ada kemahiran, kepakaran dan duit nak mohon kawasan REE, boleh mohon. Kita lulus dengan syarat hasil itu dipulangkan kepada rakyat Kedah.

“Siapa pun tak apa, janji buat kerja ikut undang-undang bagi betul, jangan tanah kita rosak, mineral hilang dan duit kita tak dapat,” katanya pada Ceramah Perdana Gelombang Perikatan Nasional (PN) di Dewan Undangan Negeri (DUN) Pedu di Pekan Naka, dekat sini malam tadi.

Sementara itu, katanya, berhubung kes kecurian REE di Bukit Enggang, Sik dekat sini yang didakwa merugikan kerajaan negeri, jelas beliau, ia berlaku dalam kawasan seluas kira-kira lapan hektar.

“Berdasarkan lawatan saya dengan macam-macam agensi berkaitan sebelum ini, kawasan yang diteroka untuk dicuri adalah 20 ekar (lapan hektar), bukan seluruh Bukit Enggang. Tidak sampai satu peratus Bukit Enggang,” ujarnya.

Tambahnya, sebanyak 75 tan tanah mengandungi REE yang dicuri itu telah dirampas dan dibida pada harga akhir RM2.9 juta.

“Sedangkan gambaran yang diberikan kepada orang ramai bahawa kita ini telah hilang berbilion ringit akibat (REE) dicuri,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI