fbpx

PRN: PH-BN yakin memang mudah di 26 DUN P. Pinang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Barisan calon PH-BN di Majlis Pelancaran Manifesto dan Pengenalan Calon-calon Perpaduan di Butterworth, Pulau Pinang malam tadi.

SEBERANG PERAI – Gabungan Pakatan Harapan (PH) dan Barisan Nasional (BN) yakin 26 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) yang ditandingi pada Pilihan Raya Negeri Ke-15 (PRN-15) Pulau Pinang kini berada dalam genggaman.

Naib Pengerusi Majlis Pimpinan PKR Pulau Pinang, Goh Choon Aik berkata, kemenangan yang diyakini itu meliputi kerusi DUN Bayan Lepas hingga Tanjung Bungah di bahagian pulau manakala bahagian Seberang Perai merangkumi kawasan Bukit Tambun hingga Sungai Puyu.

Menurutnya, kerusi-kerusi yang ditandingi itu umpama seperti berlawan dengan bayangan sendiri.

“Saya nak tekankan, 26 kerusi sudah dalam genggaman, empat kerusi lagi masih bertarung sengit dan empat lagi kita perlu susun semula strategi dan bekerja lebih keras untuk mencuri peluang bagi memintas lawan kita.

“Kita boleh beroleh kemenangan kerana macam lawan dengan diri sendiri, lawan dengan bayang-bayang kita sahaja, mana pergi bendera Perikatan Nasional (PN)? Saya yakin, Kerajaan Perpaduan akan kekalkan pemerintahan di Pulau Pinang,” katanya ketika berucap di Majlis Pelancaran Manifesto dan Pengenalan Calon-Calon Perpaduan di Pusat Konvensyen PICCA Butterworth Arena, di sini, malam tadi.

Mengulas lanjut beliau berkata, semua jentera PH dan BN diminta mengurangkan kempen di kawasan agak kuat, sebaliknya turun padang bagi membantu calon yang berdepan persaingan sengit.

“Selain kekuatan jentera kempen, saya yakin rakyat Pulau Pinang cukup bijak untuk membuat pilihan dan mengekalkan kerajaan sedia ada dan kita perlu kekalkan kesamaan antara kerajaan negeri dan persekutuan supaya terus senada sekali gus memastikan negeri tidak akan dianaktiri seperti yang kita rasai 15 tahun lalu,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI