fbpx

PRN: MIC komited menangkan calon BN-PH

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Anwar dan Zahid bersama kepimpinan MIC Kebangsaan pada Perjumpaan Khas MIC di Ibu Pejabat MIC, Kuala Lumpur hari ini. - Foto Facebook Ahmad Zahid

PETALING JAYA – Pihak yang cuba menggambarkan hubungan UMNO dan MIC renggang merupakan mereka yang terdesak dan muflis modal menjelang Pilihan Raya Negeri (PRN) pada 12 Ogos ini.

Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berkata, beliau malah percaya kepada kebersamaan dan solidariti antara parti-parti di bawah Kerajaan Perpaduan dan BN ketika ini.

“Hari ini saya bersama-sama Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim telah mengadakan perjumpaan khas dengan kepimpinan MIC Kebangsaan.

“MIC menyatakan pelbagai pandangan dan hasrat bagi menjayakan agenda Kerajaan Perpaduan dan menunjukkan komitmen untuk membantu memenangkan calon-calon BN-PH dalam PRN kali ini,” katanya pada hantaran di Facebook hari ini.

Ahmad Zahid berkata, keberadaan bersama kepimpinan MIC hari ini juga dilihat masih teguh dan jelas menterjemahkan perpaduan BN yang terus utuh dipertahankan sejak tahun 1973.

“Kesetiaan parti-parti dalam BN ini menjadi asas kepada banyak kejayaan yang telah diperoleh oleh negara ini. Saya sentiasa harapkan kesinambungan persahabatan dari peringkat kepimpinan sehingga akar umbi kekal dipertahankan selamanya,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI