fbpx

PRN: BN tanam tekad mahu menang 16 kerusi di Kelantan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Md. Alwi pada sidang akhbar BN-PH di Bangunan UMNO, Kota Bharu, Kelantan hari ini. Foto oleh ROSMIZAN RESDI/ KOSMO!

KOTA BHARU – Barisan Nasional (BN) Kelantan yakin dan tekad untuk menang sekurang-kurangnya 16 daripada 45 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Pilihan Raya Negeri (PRN).

Setiausaha BN Kelantan, Datuk Md. Alwi Che Ahmad berkata, pihaknya akan mengekalkan lapan kerusi yang dimenangi oleh parti itu pada Pilihan Raya Umum Ke-14 selain merampas lapan kerusi DUN milik Pas.

“Kita akan pertahankan lapan kerusi sebelum ini dan rampas lapan lagi kerusi milik Pas. Setakat hari ini, kita yakin 16 kerusi berkenaan akan menjadi milik BN termasuk di DUN Melor dan Jelawat,” katanya pada sidang akhbar PRN BN-Pakatan Harapan (PH) di Bangunan UMNO Kelantan di sini hari ini.

Mengulas lanjut, Md. Alwi yang juga Ketua UMNO Bahagian Ketereh memberitahu, selain 16 kerusi daripada BN, berkenaan pihaknya turut berharapkan sekurang-kurangnya tujuh kerusi dimenangi oleh PH.

“Kita berharap PH dapat memenangi tujuh daripada 14 kerusi yang mereka masuk bertanding. Kemenangan tujuh DUN gabungan PH pastinya akan membantu kita mencukupkan kerusi bagi membentuk kerajaan di Kelantan,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI